Hai,
Aku nak share pasal slipped disc dan aku simpan kat sini untuk rujukan aku since aku jugak turut disahkan ada slipped disc pada tulang belakang. tp since aku tak sampai tahap yang memerlukan pembedahan, so hari hari aku akn search pasal benda ni dengan harapan aku dpt petua petua kampung yang boleh aku amalkan untuk rawat sakit ni. memang sakit sangat dan yang menyedihkan dia takda ubat yang spesifik. bergantung dekat painkiller dan sampai satu tahap rasa painkiller dah x function. dan semua yang akan aku share ni aku 100% copy and paste dari laman web yang boleh dipercayai iaitu http://www.myhealth.gov.my. so here we go
Apa itu slipped disc pada tulang belakang ?
Slipped disc pada tulang belakang dikenalpasti
sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc
merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di
pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.
Slipped disc pada tulang belakang adalah salah
satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab-
sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari
proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal,
trauma, nutrient, and genetik.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut,
kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi
selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat
sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
·Perubahan
kepada disc
·Kecederaan
otot
·Postur
tidak betul
·Patah
tulang belakang (jarang)
·Kelemahan
otot stabiliti
Gejala-gejala Slipped dics
·sakit
belakang
·sindrom
sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
·Cauda
equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)
Objektif Rawatan Fisioterapi
1.Untuk mengurangkan sakit
2.Untuk menguatkan otot
belakang dan abdominal
3.Untuk mengekalkan julat
pergerakan badan
4.Untuk meningkatkan julat
pergerakkan badan
5.Untuk membantu pesakit
melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Klasifikasi sakit
·Sakit
belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
·Sakit
belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
·Sakit
belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam
tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti harian disebabkan sakit.
Pencegahan
·Pastikan
postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa
melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
·Pilih
tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
·Posisi
yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal
diantara dua lutut
Semasa berjalan
·Memakai
kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
·Menggunakan
kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
·Gunakan
bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
·Sekiranya
berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku
kecil yang rendah
·Gunakan
teknik mengangkat / mengalih yang betul
·Lakukan
senaman secara tetap
·Menjaga
berat badan
·Amalkan
kecergasan keseluruhan
Rehabilitasi
1.Pengurusan sakit
· Ice
pack – untuk sakit belakang yang akut
· Cara
melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama
15 minit.
· hot
pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang
· Cara
melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak
terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot
pack diletakkan.
2.Program
senaman sakit belakang
-Pelvic Tilt
Posisi: baring di atas permukaan yang rata
Cara melakukan: keraskan otot abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Cara melakukan: keraskan otot abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
-Hip Rolling
Posisi: baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut
dibengkokkan
Cara melakukan: letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Cara melakukan: letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
-Lower Abdominal Exercise
Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua
lutut dibengkokkan
Cara melakukan:
Cara melakukan:
1) gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian
relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan
lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada
lutut sebelah. Ulangi kaedah ini
minima 5 kali
-Cat and camel
Posisi : merangkak
Cara melakukan: Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Cara melakukan: Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
-Hip Extension
Posisi : Merangkak
Cara melakukan: Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
Cara melakukan: Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
3. Lumbar stabilization Exercises
·Posisi
: baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
·Cara
Melakukan : luruskan lutut kanan, Keraskan otot abdominal dan pastikan badan
dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci dari lantai, (lutut
kanan dalam keadaan lurus), tahan 3 saat dan turunkan kaki.
·Ulangi
kaedah ini minima 5 kali.
Okay thats all, sekali lagi aku tekankan yang apa diatas 100% aku copy and paste dari sumber yang boleh dipercayai. okay daa










No comments:
Post a Comment