Hai.
Tadi tengah scroll twitter aku jumpa satu thread berkaitan body shaming. Dan disebabkan aku pernah rasa benda ni dan ada kawan yang hadapi masalah yang sama, jadi aku nak seru semua untuk hentikan buli secara mental ni.
Apa maksud body shaming ni ?
Body shaming ni adalah tindakan mempermalukan seseorang atau diri sendiri dengan memberi komen, mengejek atau mengkritik bentuk atau ukuran tubuh.
Dengan kata lain, pengertian body shaming iaitu perbuatan mencela diri sendiri atau orang lain sebab penampilan fizikalnya seperti mengejek atau memberi komen kepada seseorang sebab ia gemuk, kurus, jerawat, warna kulit atau sebagainya yang boleh menjadikan seseorang tu kurang keyakinan diri.
Kita kadang tak sedar pun yang kita pun pernah lakukan body shaming ni. Bagi aku benda ni adalah salah satu buli secara mental yang boleh buat orang tu malu dan down. Memang kadang tu niat nak tegur je tapi elakkan untuk jadikan fizikal seseorang tu sebagai topik atau bahan untuk bersembang atau untuk mulakan perbualan. Dan body shaming diri sendiri ni terjadi apabila ada orang orang yang buat body shaming kat kita lah. bila orang keep mention about our fizikal jadi kita pun terkesan dengan kata kata tu.
Contohnya, 'gemuknya, kurus lah badan tu nanti gemuk mudah dapat penyakit'. benda ni macam tak jadi masalah pun bila dengar sebab ye lah macam caring je kan sbb taknak seseorang tu mudah dapat penyakit. tapi hakikatnya orang yang ditegur tu pasti akan terasa sebab kita takpernah tau pun kesukaran seseorang tu untuk kuruskan badan. dia pun taknak pun gemuk tp dah takdir. kita takboleh nak tegur suruh dia kuruskan badan atau apa. selagi dia rasa selesa macam tu, jangan kacau mental dia. nanti sampai tahap tahu lah dia nak kuruskan badan. jangan disebabkan kita tegur macam tu dia boleh down dan sedih dannnn boleh kemurungan hanya sebab mulut kita je.
ada jugak orang yang suka tegur 'jaga lah muka tu, macam apa dah muka tu jerawat penuh'. weh selagi jerawat dia taklompat ke muka kita tolong jangan sesuka nak tegur mcm tu. kita sruh dia jaga muka sedangkan kat rumah dia tu beratur bermacam jenis pencuci muka la bagai yang dia beli sbb nak jaga muka. lainlah dia jenis mandi seminggu sekali tak pernah cuci muka ke apa. ni dia sentiasa beli produk untuk muka tapi muka dia belum jumpa produk yang sesuai lagi. aku jenis tak kisah sangat pasal seseorang ni, tp bila kawan aku sendiri yang ada jerawat aku akn personally share dgn dia tips atau produk yang org org suggest dan aku sruh dia cuba, bukan sebab aku x suka tgok ke apa tp aku kesian mana mana dia pi org akn tegur jerawat dia dulu compare to benda lain yang dia ada. dia cantik orangnya. dan bila aku rasa bila aku share gitu pun membuatkan dia terasa so aku stop share. tapi aku non stop bgitau dia yang dia cantik, dia lawa dan bila dia tnya jerawat dia makin okay ke tak aku akan cakap makin okay even tak sekalipun. sebab bila cakap makin okay dia akan makin confident dan semangat untuk terus pakai sesuatu produk tu.
begitu jugak dengan warna kulit. asal hitam je tak lawa. putih je lawa. dulu aku pun ada perasaan mcm ni sampai rasa nak telan klorox bagi putih sbb malu kulit gelap. sampai tahap rasa malu nak bercakap depan org hanya sebab kulit aku hitam. then aku taktau since bila tp aku dh stop cari produk nak putih. aku punya target hanya nak kulit yang sihat saja. org kulit hitam pun lawa. semua orang cantik dengan cara tersendiri. ikut taste masing masing la kan. ada ja org yang gemuk hitam tp sangat cute. tu pandangan masing masing la. cukup lah kita bersyukur dan kita jangan downgrade kan diri hanya sebab kita rasa kita tak cantik. kita cantik. tambah wanita, hiasan dunia kot. takkan tak lawa kalau boleh jadi hiasan ?
dan body shaming keatas diri sendiri ni pun bahaya jugak. contohnya mcm aku cakap tadi, kita rasa kita tak cantik kita gemuk kita tak menarik. jadinya kita akan beli macam macam ubat untuk kurus untuk putih tanpa fikir side effect sesuatu ubat tu. aku pernah lalui benda ni, aku tau perasaan nak beli mcm mcm ubat tu. dan aku pun pernah ja beli mcm jenis ubat end up tak berkesan pun. aku berhenti beli semua tu sbb aku dah taknak siksa dera diri aku. macam aku ni, benda yang aku selalu cakap kat diri tiap kali aku 'ghairah' nak cantik nak kurus adalah 'kalau tak cantik kenapa aku ada bf'. ya itu cara aku, aku cari satu benda yang boleh buat aku bersyukur dengan apa aku ada. aku pun kadang insecure jugak bila nampak org lawa tp tu normal la perempuan kan. tp jangan la sampai tahap siksa diri hanya untuk nak puaskan hati orang, puaskan pandangan orang terhadap kita. satu ja ingat kita hidup bukan untuk nak puaskan hati sesapa. kita hidup untuk diri kita dan family, jangan buang masa untuk puaskan hati orang lain. cari kejayaan atau harta dunia akhirat yang boleh buat kita dapat kepuasan diri dan kebahagiaan. Bahagia tu yang penting. kalau kurus putih gebu pun tapi tak bahagia apa guna ? stop compare your life with other, everyone have their own struggling and problem.
jadi aku harap lepas ni takda dah isu gini, aku rasa kita semua akan bahagia kalau masing masing just life our own life. jangan jadi asbab untuk seseorang itu hilang konfiden diri. okay daaa





No comments:
Post a Comment