menu bar

Sharing: Mental Illness


Hai.
Sejak kebelakangan ni isu mental illness hangat dibincangkan, walaupun begitu tetap ada sesetengah masyarakat yang masih memandang enteng terhadap isu ini, hal itu tercermin dari banyaknya komen bernada negatif di setiap berita yang berkaitan dengan mental illness. Oleh sebab itu, aku ada beberapa benda untuk dikongsikan.
Apa itu mental illnessmental illness adalah suatu penyakit/gangguan mental yang berpengaruh terhadap mood, cara berpikir ataupun perilaku seorang individu. Jenis dari penyakit ini ada banyak tapi yang paling popular diantaranya depression, bipolar disorder, dementia, schizophrenia dan anxiety disorders. Punca sebenar yang menyumbang kearah mental illness itu sendiri masih belum diketahui tapi merujuk pada kes kes yang terjadi, penyebab utama penyakit ini adalah kombinasi dari faktor genetik, psikologi serta faktor persekitaran.

Mental illness sering dianggap biasa oleh masyarakat kerana majority pesakit akan dilihat normal seperti orang yang sihat sedangkan apabila dia berseorangan, penyakit itu akan menyerang dan ada jugak sesetengah pesakit yang tidak sedar pun yang dia sebenarnya turut menderita ‘mental illness’, Mental illness juga penting seperti physical illness lainnya. Buktinya pengidap mental illness lebih banyak daripada pengidap kanser, diabetes bahkan jantung. Menurut Institute of Mental Health, dalam 1 tahun sekitar 25% penduduk Amerika (umur 18+) dan sekitar 13% (umur 8-15) di diagnose mengidap mental illness. Sementara WHO  menyebut satu dari empat orang di dunia akan mengalami gangguan jiwa di satu titik hidupnya. Yang menyedihkan, hanya 36% sahaja yang mendapat rawatan dengan baik, sementara majority  penderita tidak pernah mendapatkan apa apa rawatan. Oleh sebab itu, pesakit mempunyai tendency untuk menyakiti diri sendiri seperti yang selalu kita dengar dan baca didada akhbar dan dikaca tv.

Mental illness boleh menyerang siapa saja dan bila bila masa bahkan kadang kita tak sedar bahwa apa yang kita rasa itu sebenarnya salah satu penyakit ‘mental illness’. Ditambah lagi dengan stigma masyarakat yang dapat menjadikan keadaan seseorang itu menjadi semakin parah. Dalam laporan bertajuk ‘Understanding The Impact of Stigma on People With Mental Illness’ yang ditulis oleh World Psychiatry Association menegaskan bahawa stigma masyarakat  terhadap pesakit gangguan kesihatan mental harus diperbetulkan. Pesakit gangguan mental selama ini harus lebih kuat untuk melawan penyakit akibat stigma yang ada. Pertama untuk menghadapi penyakitnya sendiri. Dan kedua yang tak kalah berat adalah untuk menghadapi stigma orang-orang di sekitarnya.
Mungkin kerana itulah para pesakit mental illness memilih untuk merahsiakan tentang apa yang mereka rasakan kepada orang terdekat kerana takut akan penilaian orang-orang sekitar terhadap dirinya. Padahal jika tidak dirawat akan menjadikan keadaan lebih parah, dalam beberapa kes seperti depression, seseorang yang sudah tidak tahan dengan rasa sakitnya boleh mencederakan diri malah boleh membunuh diri. Banyak sangat kes yang kita dengar bunuh diri kerana terlalu tertekan dengan hidup. Hal ini sangat menyedihkan bayangkan mereka merasakan sakit bahkan sampai detik terakhir mereka hidup, Ya memang satu benda yang bodoh untuk membunuh diri, berdosa dan tak bau syurga. Tapi kita tidak pernah tau apa yang mereka rasakan sampai mereka memutuskan untuk melakukan hal itu. Terkadang sesuatu yang kita anggap benda biasa menjadi suatu hal yang sangat berat bagi mereka. Yang harus diingat adalah kemampuan seseorang dalam menghadapi suatu masalah tidaklah sama.
Kita jugak tidak boleh mengaitkan isu ini dengan iman seseorang. Ya memang dulu aku pun berpendapat bahawa kualiti iman seseorang itu ada kaitan dengan masalah kemurungan, dan hubungan seseorang dengan Allah SWT sepatutnya boleh mengatasi masalah kemurungan ini. Tapi tu dulu, lepas aku baca banyak orang yang memberikan hujah hujah yang bagi aku cukup kukuh untuk aku luaskan pemikiran aku yang sempit tu, aku dah buka sikit minda aku bahawa mental illness tak sepenuhnya berpunca dari tak kuatnya iman seseorang.

Jadi aku share satu thread dari twitter yang aku ambil untuk kongsikan dengan korang. Mungkin ada yang dah baca pun thread ni tapi aku masukkan dalam perkongsian aku harini.


1. "Anda berada dalam kemurungan kerana anda kurang iman/jauh dari Allah dan sebagainya."
Menggunakan logik yang sama dan menyatakan perkara itu kepada seseorang yang mempunyai masalah kemurungan seolah-olah kita mengatakan bahawa iman kita lebih kuat dan kita lebih soleh dan solehah berbanding dengan mereka, itulah sebabnya mengapa kita tidak mengalami masalah tekanan perasaan. 

Menurut beliau, kenyataan itu tidak membantu akan tetapi hanya menunjukkan sifat takbur seseorang.


2. Beliau secara peribadi mengenali seseorang yang tertekan kerana telah dirogol oleh guru sekolahnya yang merupakan seorang ustaz
Beliau berkata sehingga hari ini, tiada siapa yang mempercayai kenalannya itu kerana orang yang memperkosa itu merupakan seorang ustaz,

Perkara ini telah menyebabkan gadis itu mengalami trauma yang kemudian membawanya ke kemurungan. 
Oleh itu, salah untuk kita merasakan masalah tekanan perasaan berlaku kerana kurang keimanan dalam diri seseorang.


3. Beliau pernah bertemu dengan pesakit Kemurungan Tahap Pertama (Major Depressive Disorder) yang merupakan seorang ustazah
Bukan itu sahaja, ustazah itu juga merupakan seorang hafizah yang menghafal 30 juzuk Al-Quran dan sangat aktif dalam berdakwah dan lain-lain. 

"Oleh yang demikian, bagaimana kita boleh mengatakan ustazah itu sedang dalam kemurungan kerana masalah kurang iman?"


4. Orang akan tetap dan terus menilai tahap iman seseorang
Seseorang yang sudah cukup solat wajib, dia dikatakan tertekan sebab tidak pergi masjid. 

Apabila sudah penuh solat di masjid, dia dikatakan tidak melakukan solat sunat. 
Apabila sudah banyak solat sunat, dia dikatakan tidak membaca Al-Quran, dan seterusnya. 


5. Faktor agama itu penting sebagai penguat, motivasi dan lain-lain namun bukan penyembuh semata-mata
Konsep ini boleh disamakan dengan seorang pesakit kanser yang diingatkan untuk sentiasa mengingati Tuhan, memperbanyakkan selawat dan lain-lain.

Namun begitu, pesakit kanser itu tetap perlu menjalani rawatan kemoterapi, radioterapi dan lain-lain sebagai proses penyembuhan sepenuhnya.


6. Konsep Syariatullah dan Sunnatullah, dua-dua perlu dipenuhi dan berjalan seiring
Syariatullah adalah perkara berkaitan hukum iaitu; wajib, sunat, harus, makruh, haram yang telah Allah tetapkan dan syariatkan kepada hamba-hambaNYA. 

Sunnatullah adalah hukum sebab dan akibat yang telah Allah ciptakan untuk memastikan dunia ini stabil dan dalam keadaan baik. Sebagai contoh; api itu panas, ais itu sejuk, usaha akan menghasilkan kejayaan. 
Tawakal akan datang bersama usaha. Kita perlu mengingati Tuhan ketika mendapat rawatan Psikiatris & Psikologis. 


7. Kekuatan beragama itu menghalang seseorang bertindak daripada cubaan bunuh diri, tetapi tidak menghalang niat itu untuk muncul dalam kepala
"Bukan nak halalkan tindakan yang haram, tapi nak fahami," 
"Bila kita cuba fahami (dan bukan judge), dapat menghalang kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan."


8. Kes depresi ni banyak berlaku tidak mengira agama dan bangsa tetapi keadaan mental seseorang
Jika menggunakan logik masalah kemurungan atau depresi berlaku kerana jauh "dengan Tuhan", semestinya semua pesakitnya ialah mereka yang bukan beragama Islam.

Namun begitu, masih ramai pesakit ini beragama Islam.
"Tak perlu kita nak judge atau ukur iman seseorang”


9. Surah Taha ayat 124 selalu disalah tafsir sebagai clinical depression, lalu jadi hujah golongan “agamawan” untuk kata, pesakit depresi jauh daripada Tuhan. Ayat ini merujuk kepada depresi tekanan, bukan kemurungan klinikal.
Dalam ayat itu menggunakan istilah ضَنكًا

Istilah tersebut merujuk kepada kesempitan pada perasaan, tekanan pada rasa di hati dan bukan berkaitan dengan penyakit mental seperti yang digambarkan dunia sekarang. 
Kemurungan klinikal ialah tekanan yang tahap kronik bukan lagi sekadar 'perasaan'


10. Penyakit mental ketika zaman Rasulullah SAW
Dalam thread tersebut, beliau menceritakan bahawa dalam satu hadis sahih, ada seorang wanita tua yang mempunyai penyakit mental, berjumpa dengan Rasulullah untuk minta didoakan supaya sembuh. 

Rasulullah SAW memberi dua pilihan sebelum doakan untuk perempuan tua itu iaitu; pertama, doa kepada Allah untuk sembuhkan perempuan itu, dan Allah akan makbulkan, atau kedua, dia bersabar dengan penyakit itu, dan akan diberi syurga pada akhirat nanti. 
Perempuan tua itu memilih pilihan yang kedua, dan meminta doa supaya Allah pelihara aurat dia waktu terkena episod penyakit tu. 
Penyakit mental perempuan tua itu ialah epilepsi, iaitu sawan.
Sawan juga merupakan sejenis penyakit mental, dan boleh boleh klasifikasikan situasi ini merujuk kepada kecelaruan mental yang ada di dunia sekarang. 


Okay itu sahaja yang aku nak kongsi untuk harini. Harap bermanfaat, daa. 
Ni aku selitkan antara organisasi yang boleh dihubungi sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali yang sedang mengalami kemurungan dan mempunyai kecendurungan membunuh diri:


Befrienders Kuala Lumpur - 03-7956 8144

Befrienders Penang - 04-281 5161

Befrienders Melaka - 06-284 2500

Befrienders Ipoh - 05-547 7933

Befrienders Seremban - 06-765 3588

Persatuan Lifeline Malaysia - 03 -9285 0039, 03-9285 0279, 03-9285 0049

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia - 03-7782 5499


No comments:

Post a Comment