Hai
Terima kasih kerana
berkunjung ke ruangan ini dan berminat untuk mengenali siapa penulis blog...
Aku akan menceritakan serba sikit tentang aku secara paling ringkas.
Siapa aku ?
Aku adalah seorang
pelajar, anak, kakak, adik dan blogger. Aku berasal dari Kedah.
Pada tahun 2019, aku
berusia 21 tahun. Aku merupakan anak ketiga dari tujuh orang adik
beradik. Di usia 21 tahun, aku sifatkan diri ini bukan seorang yang matang dan
tidaklah strong enough menghadapi cabaran hidup.
Tetapi, sedikit demi sedikit aku cuba 'pecahkan' tembok negatif ini.
Aku dan dunia blog ~
Aku adalah seorang silent
blogger a.k.a blogger senyap yang memulakan dunia penulisan sejak tahun 2012.
Dalam erti kata lain, aku adalah anonymous blogger. Aku masih melakukan
blogwalking tapi teramatlah jarang. Hendak meninggalkan komen tu pun sama.
Setelah hampir 5 tahun
aku berhenti menulis, aku kembali lagi kesini untuk menulis semula seperti
dulu. cuma dulu aku banyak menulis tentang 'cerpen' yang telah aku hasilkan dan
turut menulis tentang apa yang berlaku seharian. dan suka untuk aku kongsikan,
dulu aku menulis tentang seorang lelaki-dari detik berkenalan sehingga lah
kecewa. dan aku berhenti menulis, delete semua entri yang dah ditulis atas
sebab aku malu bila lelaki yang aku ceritakan itu tahu tentang kewujudan blog
aku.Bermula dari itu, tiada lagi hasil hasil penulisan yang aku kongsikan. Dan
sebenarnya sejak dari detik 'kantoi' tu sampai lah sekarang, lelaki tu masih
bersama aku-jadi kawan dan lebih dari kawan aku. lucu bila nk throwback sebab
teruk sangat budak lagi tapi dah pandai nak cinta monyet. Nasib monyet boleh
bertahan lama. Dah besar dah monyet tu sekarang ehehe.
Sehingga ke hari ini.
Telah banyak blog yang aku rosakkan. Aku rasa ini satu satunya blog yang masih
hidup walaupun pernah mati. Yang lain dh rosak dan dah selamat bersemadi dah
pun. Aku harap blog ini tidak akan menjadi mangsa yang seterusnya. Kata orang
itu betul. Pengalaman adalah master kepada kita. Ia tidak boleh dibeli
dimana-mana.
Sekarang aku berada
ditahun terakhir untuk diploma perakaunan yang telah aku usahakan selama 3
tahun. Kalau dulu punya blog cita cita nak jadi saintis lah apa, akhirnya
belajar akaun dan turut bercita cita nak kekal dengan akaun ni. InsyaAllah
Hingga ke hari ini, aku
masih belajar untuk bina 'self confidence' dalam diri. Aku sangat 'insecure'
dengan orang sekeliling membuatkan aku tak percaya dengan kebolehan diri aku
sendiri. Aku tau salah satu punca aku takda konfiden ni adalah ilmu aku. Aku
tak berani nak bercakap tentang sesuatu fakta sebab ilmu yang sangat sikit.
Jadi aku akan cuba untuk gali ilmu dan cuba kongsi disini.
Aku masih dalam proses
menghasilkan entri yang berkualiti untuk pembaca. Entri yang sebaik-baiknya engaged dengan
pembaca blog. Proses ini buat aku lebih fokus dan meminati dunia blog. Blogging
is for fun. Semua idea dan pendapat boleh kita kongsikan diblog.





No comments:
Post a Comment