Hai.
Baru baru ni viral kes ada golongan LGBT yang turut hadir di perarakan Hari Wanita Antarabangsa. Okay ja diorang nak join perarakan tu, yang tak okay nya mereka turut sama melaungkan slogan mereka dan membawa sepanduk dan turut mengibarkan bendera 'pelangi'.
Yang aku takboleh nak brain, bersungguh sangat mereka menuntut hak LGBT kononnya dan beria betul buat perkara yang jelas Allah laknat. Aku rasa hak yang mereka maksudkan maybe untuk berkahwin sesama jenis kot or maybe untuk bebas melakukan apa sahaja tanpa ada yang melarang ? em dah cukup bebas aku rasa mereka ni. kebebasan macam mana lagi yang mereka inginkan. kalau dah rasa nak sangat sangat kahwin sesama jenis, keluar je lah dari Malaysia, pegi je lah negara yang halalkan perkahwinan sama jenis. aku tak benci pun golongan ni actually sebab aku tau one day kalau mereka berubah, mereka lagi baik dari aku. tapi aku cuma takboleh nak terima kenyataan apabila mereka sampai level dah berani nak tuntut hak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Masyarakat semua mula tunjukkan rasa amarah tentang isu ini, bukan orang Islam sahaja yang rasa tercabar dengan mereka. Aku rasa banyak ja usaha yang telah dilakukan oleh pendakwah pendakwah dan kerajaan dalam memastikan mereka berubah. dan ramai jugak yang berubah, yang takberubah lagi ramai ehe. dan yang berubah pastu berubah balik pun ado. iman turun naik katanya. tapi mereka tetap rasa macam golongan mereka ditindas.
Kerajaan pun dah tegaskan yang takkan ada sebarang usaha untuk mengiktirafkan golongan LGBT ni. Malaysia memang takkan menerima sistem perkahwinan sejenis ni. Memang lah Malaysia ni negara demokrasi tapi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa
yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan
undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia.
sebelum aku titikkan pendapat aku ni, aku selitkan satu potong hadis untuk kita semua. okay daa
“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan
segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani” al-Zumar 39 : 53




No comments:
Post a Comment