menu bar

Review: Pencuci Muka Produk 'Simple'

Hai.

Since aku taktahu apa yang nak dikongsikan untuk first entry ni so aku nak share salah satu cleanser yang aku guna sampai habis dan aku akan beli lagi.
First of all, kulit aku adalah kulit yang sangatlah sensitif dan sangat kering. Jadi aku x claim produk ni akan berkesan kepada semua orang okay ?

Pencuci muka ni bagi aku sangat sesuai untuk orang yang kulit kering dan kusam dan sesuai untuk orang yang kulit sensitif macam aku sebab dia ada watery base. Tekstur yang sangat lembut, dia agak melekit sebenarnya tapi bila dh berbuih dia okay je. rasa sopan santun je cuci muka guna pencuci ni.

Dan warnanya jernih sebab memang bebas dari pewarna dan pewangi, bau pun takda weh rasa selamat ja bila pakai. Packaging dia pun simple macam nama dia tapi bagi aku just nice sebab kita nampak isi dalam dia tu. Dekat tube dia ada nyatakan- 1. Dermatologically Tested, maksudnya produk ni berada dibawah pengawasan ahli dermatologi (ahli kulit?) dan telah dicuba kepada beberapa orang responden sukarela. 2. Non Comodogenic iaitu produk ni takkan menyebabkan pori tersumbat yang akan terhasilnya whitehead dan blackhead. 3. Hypoallergenic iaitu produk ni ada sikit sangat sangat bahan yang boleh menyebabkan alergic. so means risiko alergic tu minimal ja sbb bahan dia dia guna pun minimal.


Antara Bahan dia : Water (Aqua, Eau), Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Panthenol, Disodium EDTA, Sodium Hydroxymethylglycinate.


Kesan yang membuatkan aku rasa produk ni bagus adalah sebelum ni kulit muka aku sangat kering dan kusam, but since 2 bulan penggunaan secara tak berapa konsisten kulit aku dah tak kusam dan kurang kering. nampak biasa ja. tak bagi effect glowing pun tapi kulit jadi elok dah xda masalah. dan kulit aku memang takda masalah jerawat, cuma aku alergik sahaja. kadang sampai jadi menggelupas and so on tp sepanjang pakai produk ni kulit aku takpernah jadi kering dan pedih. memang sangat sesuai dengan kulit aku. eh eh dan aku punya warna kulit pun dah sekata. sunburn dah takda. cuma darkcircle je lah masalah aku sekarang. okay daaa

p/s: takda gambar nak share sebab dalam kamera tak berapa nampak kulit muka yang bermasalah. efek kamera membuat sebelum dan selepas pakai x banyak beza melainkan nampak cerah sikit ja itu pun aku x sure memang betul cerah atau efek cahaya. hehe

No comments:

Post a Comment