menu bar

Part 2- Missing

Eh hai
harini nak menulis dengan penuh perasaan rindu yang sarat so penulisan harini akan berkemungkinan agak loya ehe.
aku sendiri takpasti kenapa 2-3 menjak ni aku punya perasaan rindu sangat berat. maybe salah satu faktor, aku sunyi kat sini. takda kawan langsung. aku rindu dengan kawan kawan. semua orang yang pernah ada dalam hidup aku dan ya sampai sekang mereka semua ada tempat dihati aku. kawan sekolah rendah yang of coz aku dh x contact dan kalau ada pun sangatlah sikit sekadar reply story itu je. itu pun tak semua kawan kawan aku dapat jejak kat socmed ni. ada yang aku search but not found. kawan sekolah menengah pun aku teringat. kalau kwn skolah menengah ni majoriti aku dpt jejak la sbb tak lama pun tinggal smk. tp still beb we cant talk and laugh like we use to do before. kira ada awkward moment bila nak sembang. but srsly aku rindu sngt sngt korang weh. ada ja aku upload gambar bnyak bnyak to show that im missing them. i really wish that i can turn back time and i will appreciate u all and show how much i love you all.

dan tau apa yang aku rasa bila aku post gambar gambar zaman sekolah tu ? sedih weh. yes sebab rindu. tapi lebih kepada sedih sebab umur aku makin meningkat dan ya kematian tengah menunggu aku. takut nya aku tak bersedia lagi. tapi aku sedig bila tengok gambar, tak semua yang dalam gambar tu masih ada lagi sekarang. lebih kurang 3 orang macam tu kawan sekelas aku yang dah dijemput Allah. yang sakit kanser, yang accident dan yang meninggal dalam tidur. dan aku ? mcm mna pulak pengakhiran aku ? moga baik baik saja. 

aku rasa tak terlambat untuk aku mohon maaf kat semua orang yang mengenali aku. segala salah silap aku yang menggunung. segala kekasaran bahasa aku yang aku yakin ramai tersinggung. maafkan semua tu. dan kalau lah kan aku ada terhutang duit atau apa sahaja, boleh la tekan mana mana socmed aku yang dalam blog ni untuk tuntut balik. aku dah terlupa pada siapa aku hutang. entah ada entah tiada. kalau ada mohon cari aku sebab sungguh aku dah lupa. kalau ada terhutang budi, maaf aku takmampu bayar. hanya Allah yang akan membalas segala budi baik yang pernah aku terima.

haha sound cliche but sokay aku nak jugak tulis benda ni agar tak ralat apa apa nanti. 

Part 1: Childhood Memory

Hai,

huhu aku ni nak menulis mcm takda kerja ja sedangkan kerja dok menunggu je ni tapi malas nk pening kepala buka fail lagi, klien pun hantar entah apo apo dokumen. pening aku haih

so harini aku rasa nak tulis pasal childhood memory yang masih segar di ingatan aku, manatau nanti aku hilang ingatan ke apa jadi cerita ni takkan hilang. (acah menarik je childhood memory tuu)

taktahu nak cerita yang mana dulu tapi memandangkan kemarin one of my uncle get married jadi semalam sbelum tido aku ingatkan angah tentang dulu kecil kecil kat kampung main cikgu cikgu ramai ramai dan cikgu untuk kelas aku adalah uncle aku yang kawin kemarin tu.

actually waktu main tu aku, angah dan along tido kat kampung dan lupa mana umi dgn baba hilang time tu sebab seingat aku, kami kena tinggai kat kampung tu tanpa kerelaan pun. thats why main cikgu cikgu tu kononnya my uncle and aunt mengasuh la (kot). time tu umur around standard 2 (maybe). ramai main tu around 9 orang or maybe lebih sebab yang aku ingat hanya 9 orang ja. kira time tu memang first time aku tengok betapa budak budaknya uncle uncle aunty aunty aku ni.

uncle shahidi: guru besar
uncle sopi: cikgu kelas sebelah
uncle azri: cikgu kelas aku (dia bagi nama kelas tu semarak naga weh!!!)
uncle amet: classmate aku
aunty kirah: student kelas sebelah
ayong(cousin) : student kelas sebelah
along (my eldest sis) :student kelas sebelah
angah (my secondsis) : my classmate

benda ni nak diceritakan dalam ni mcm biasa ja tapi untuk aku benda ni srsly sangat sweet memories sebab dorang tu dah besar tapi main dengan kami mcm semua budak budak lagi gais. actually majoriti yang main cikgu cikgu ni dah jadi bapak budak dah, uncle amet je kot yang masih single (or maybe already taken but yeah i dont know). taktahu lah every single of them ingat ka dak benda ni sebab aku takda pun buka cerita sebab yo lah dah besar belaka nk duduk sembang semeja pun dah segan so benda ni terkubur tanpa ada yang membuka mulut. aunty kirah pun will get married soon maybe next year la kot and my cousin also will become wife by this year. maka tinggallah aku and my sis yang taknampak cahaya untuk jadi isteri lagi. huhu lambek lagi uols

cerita main cikgu cikgu ni best sebab macam real je main, ada perhimpunan dan of coz ada sesi berucap lah baca ikrar bagai tu omaigod unbelievable, kelakar bila ingat every single of thing yang kami buat. haih how fast time flies by..

lepas main cikgu cikgu ni, uncle azri ada bakar satu benda untuk dimakan and it was my first and last makan benda alah tu. huhu benda tu sedap ja tapi entah kenapa tu kali pertama dan lepas tu dh xpernah makan lagi dah. benda tu (telur lembu?) ka kambing tah. haha tapi makan kot sebab awal tu dia x bgtau pun tu benda apa. lepas semua dh makan baru dia bgtau. so time tu nak muntah ke geli ke no function dah sebab dh masuk perut dah pun hahaha.

malam nak tido tu aku, my sis and cousin tido rumah aunty kirah, and of coz rumah uncle azri jugak tp tido dengan aunty kirah lah, sebelum tido aunty kirah ajak buat activity sedut tangan sampai jadi merah. taktau untuk apa benda tu but for sure semua buat dan tengok sapa paling merah (lol pelik yall).

antara benda yang aku x lupa jugak time tu aku sorang sorang kat depan rumah toklang bawah pokok cempedak (kot? ka nangka tah) pastu ada one of my uncle(tapi dia x main pun cikgu cikgu dengan kami sebab dia dh tua sikit), dia datang dan dengan muka yang for me garang la muka dia tu pastu dia tanya kenal dak sapa dia. so time tu nak lari rasa dah x selamat duduk juga jawab taktau lah sapa dia kan pastu dia cakap nama dia shah rukh khan. at that time ya aku percaya (maigod noob nya) or maybe aku terpaksa percaya sebab aku takut. sampai lah along bagitau yang dia tipu, dia tu uncle idan. tp even along dh bgtau dia tipu tu dia tetap dengan muka garang bagitau dia tu SRK. seram kan ? haih tp skrng tiap kali nampak dia aku nak tergelak sebab poyo nya la haih dok mengaku SRK.

aku terdetik nak tulis ni sebab benda ni tiap kali aku jumpa one of them aku akan teringat semua benda ni. okay thats all daaa

edited:aku hantar link entry ni dalam grup family so along respon maknanya bukan aku sorang dok ingat ingat benda ni. 


Sharing: Alter Ego

Hai.

pernah dengar tak 'alter ego'? tau tak apa maksud alter ego ni ? so here we go

berdasar hasil pembacaan aku, Alter Ego adalah suatu penyakit yang membuat penderitanya mempunyai 2 perwatakan atau lebih. Alter Ego ni terjadi di sebabkan oleh trauma ataupun ketakutan yang sangat besar pada masa lalu atau kerana menyedari kekurangan diri dan alter ego akan muncul untuk baiki diri kita. Sifat Alter Ego selalu berlawanan dengan sifat asal seseorang. Oleh kerana itu orang yang mengidap penyakit ini dan Alter Egonya saling melengkapi, Contohnya : jika seseorang mempunyai sifat periang, ramah dia akan mempunyai Alter Ego yang bersifat pemarah, pendiam, dan dingin kepada orang-orang disekitarnya. Sifat Alter Ego itu selalu pelik dan sometimes over pun ada aku rasa, macam contoh yang aku bagi tadi, jika Alter Egonya muncul dia sampai tahap boleh marah kepada Tuhannya sendiri atas apa yang terjadi pada dirinya, bahkan berpotensi melakukan hal-hal yang tidak rasional.

Oleh kerana inilah Alter Ego disebut sebagai salah satu penyakit.Tetapi, kadang tu orang tidak sedar bahawa dia mempunyai Alter Egonya sendiri kecuali orang-orang terdekatnya yang tegur atau bertanya mengapa dia tiba-tiba begini, dan begitu, tetapi bagi orang yang Alter Egonya sudah pun " kuat " sangat mudah dikenalpasti kerana kerana bila  Alter Egonya itu keluar sifat yang berlawanan tu akan hilang dan dia tak sedar yang dia dahpun berubah sifat.

Bagi yang Alter Egonya masih " lemah " dan apabila Alter Ego itu muncul, seseorang tu hanya merasakan dia ingin melakukan hal yang berlawanan dengan sifat asalnya akan tetapi dia masih bereaksi normal dan mampu mengawal diri nya dari keluar dari keadaan sifat dan sikap asli tersebut. Contohnya : selalunya dia seorang yang periang  tetapi pada saat Alter Egonya muncul dia akan jadi yang cepat marah tapi dia mampu kawal amarah tersebut dengan tetap senyum walau dalam hati sebenarnya dia tgh mengamuk. Terkadang ada Alter Ego yang dapat mengalahkan sifat sebenar seseorang sehingga Alter Ego itu sendiri yang menjadi sifat sebenar bagi pesakit itu, dia akan berubah 180◦ dari sebelumnya tetapi orang tidak akan sedar pun sebab sifat sebenar seseorang itu juga mempunyai sedikit sifat Alter Egonya. Kerana itu hanya orang yang memerhatikannya yang akan menyedari hal tersebut.

Alter Ego juga selalu menjadi tempat mengubah seseorang, kerana jika sifat asalnya penakut maka Alter Egonya akan berani kan? contohnya: jika sifat asalnya selalu ingin melakukan sesuatu tetapi dia tidak berani kerana ada yang melarang seperti ibu bapa ataupun keadaan sekeliling sehinggakan hal itu hanya menjadi sebahagian dari memori sahaja, tetapi Alter Egonya itu yang akan mengubah dirinya kerana Alter Egonya bersifat berani. Bagi orang yang sudah dapat detect Alter Egonya akan menganggap benda ni sangat menarik sebab kadang tu kita dapat sembang dengan “Alter Ego” tu. Bukan bermaksud kita ni gila tau, tapi tu kadang salah satu cara yang boleh buat kita menjadi lebih baik. Tetapi tidak semua orang boleh kawal alter ego ni dengan cara berbual
Seperti yang aku tuliskan kat atas tadi bahawa Alter Ego muncul sebab trauma dan ketakutan dimasa lalu maka pada saat seseorang melihat hal yang ada kaitan dengan traumanya itu dia akan ketakutan atau marah dan bahkan menjerit-jerit, pada masa tu Alter Egonya akan datang untuk mengambil alih.


macam aku sendiri, aku pun ada sisi alter ego ni (kot?). nak bagi contoh aku tak pandai nak cerita tapi aku ada dua circle dalam kehidupan aku dan aku akan automatik berubah ikut keadaan circle tu. until now im not sure benda ni alter ego atau ada penyakit 'mental' yang lain. sebab akan ada satu masa aku sendiri tak dapat kawal diri aku, i will probably jerit without reason, i can cry loudly mcm kena pukul at the same time aku boleh gelak kuat kuat for no reason. hahaha mcm gila kan ? aku pun takut dengan diri aku actually tp nak buat mcm mna hanya mampu tenangkan diri ja tiap kali jadi gitu. dan alhamdulillah family pun well-informed benda ni, dorang gelak je bila aku lost control haha. aku pun dalam proses find out kenapa dengan diri aku ni, sebab aku stress ka aku jadi gini tapi dari kecik lagi aku mcm ni, takkan kecik kecik aku dh stress kan. haih ayuni is so weird. 

aku skrng tgh working hard to find out apa jenis 'sakit' yang aku lalui ni. aku ada listkan beberapa jenis 'sakit' yang berkemungkinan berkaitan dengan aku dan aku akan try go deeper to gain more knowledge on it dan aku akan share kat sini. kalau ada kalangan pembaca yang macam aku so here we go to find out dan cuba cari jalan keluar dari benda ni sebab aku penat dengan diri aku sendiri, out of control. aku nak jadi org normal yang matured gituu. taknak la sampai dah kawin ada anak pun aku masih macam ni. aku berkemungkinan dera anak kot kalau aku tak rawat diri aku ni haih pening penat jadi ayuni yang serba aneh ni.

p/s: aku taktau kenapa bagi aku alter ego ni mcm kalau dalam islam disebut sebagai ain. sebab ain tu kan yang mcm kawan kita yang baik atau jahat ain tu kita yang tentukan. haha maybe aku rasa ja kot. i will gain more knowledge dan kalau apa yang aku kongsi salah aku akan edit balik asap okey.

Sharing: Slipped Disc Pada Tulang Belakang

Hai,
Aku nak share pasal slipped disc dan aku simpan kat sini untuk rujukan aku since aku jugak turut disahkan ada slipped disc pada tulang belakang. tp since aku tak sampai tahap yang memerlukan pembedahan, so hari hari aku akn search pasal benda ni dengan harapan aku dpt petua petua kampung yang boleh aku amalkan untuk rawat sakit ni. memang sakit sangat dan yang menyedihkan dia takda ubat yang spesifik. bergantung dekat painkiller dan sampai satu tahap rasa painkiller dah x function. dan semua yang akan aku share ni aku 100% copy and paste dari laman web yang boleh dipercayai iaitu http://www.myhealth.gov.my. so here we go 

Apa itu slipped disc pada tulang belakang ?

Slipped disc pada tulang belakang dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.
Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).



Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
·Perubahan kepada disc
·Kecederaan otot
·Postur tidak betul
·Patah tulang belakang (jarang)
·Kelemahan otot stabiliti

Gejala-gejala Slipped dics
·sakit belakang
·sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
·Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

Objektif Rawatan Fisioterapi
1.Untuk mengurangkan sakit
2.Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
3.Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
4.Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
5.Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit

Klasifikasi sakit
·Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
·Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
·Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan

Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti harian disebabkan sakit.

Pencegahan
·Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :

Semasa baring
·Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
·Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut

Semasa berjalan
·Memakai kasut bertumit rendah yang selesa

Semasa duduk
·Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
·Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang

Semasa berdiri
·Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
·Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
·Lakukan senaman secara tetap
·Menjaga berat badan
·Amalkan kecergasan keseluruhan

Rehabilitasi
1.Pengurusan sakit
· Ice pack – untuk sakit belakang yang akut
· Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.
· hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang
· Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.

2.Program senaman sakit belakang
-Pelvic Tilt

Posisi: baring di atas permukaan yang rata 
Cara melakukan: keraskan otot  abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
               
-Hip Rolling

Posisi: baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan 
Cara melakukan: letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
               
-Lower Abdominal Exercise


Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan 
Cara melakukan:
1) gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.
2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
               
-Cat and camel

Posisi : merangkak 
Cara melakukan: Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali
               
-Hip Extension


Posisi : Merangkak 
Cara melakukan: Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

3. Lumbar stabilization Exercises

·Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan
·Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Keraskan otot abdominal dan pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci dari lantai, (lutut kanan dalam keadaan lurus), tahan 3 saat dan turunkan kaki.
·Ulangi kaedah ini minima 5 kali.


Okay thats all, sekali lagi aku tekankan yang apa diatas 100% aku copy and paste dari sumber yang boleh dipercayai. okay daa

Opinion: Body Shaming ? Stop It

Hai.
Tadi tengah scroll twitter aku jumpa satu thread berkaitan body shaming. Dan disebabkan aku pernah rasa benda ni dan ada kawan yang hadapi masalah yang sama, jadi aku nak seru semua untuk hentikan buli secara mental ni. 

Apa maksud body shaming ni ?

Body shaming ni adalah tindakan mempermalukan seseorang atau diri sendiri dengan memberi komen, mengejek atau mengkritik bentuk atau ukuran tubuh.

Dengan kata lain, pengertian body shaming iaitu perbuatan mencela diri sendiri atau orang lain sebab penampilan fizikalnya seperti mengejek atau memberi komen kepada seseorang  sebab ia gemuk, kurus, jerawat, warna kulit atau sebagainya yang boleh menjadikan seseorang tu kurang keyakinan diri.



Kita kadang tak sedar pun yang kita pun pernah lakukan body shaming ni. Bagi aku benda ni adalah salah satu buli secara mental yang boleh buat orang tu malu dan down. Memang kadang tu niat nak tegur je tapi elakkan untuk jadikan fizikal seseorang tu sebagai topik atau bahan untuk bersembang atau untuk mulakan perbualan. Dan body shaming diri sendiri ni terjadi apabila ada orang orang yang buat body shaming kat kita lah. bila orang keep mention about our fizikal jadi kita pun terkesan dengan kata kata tu. 

Contohnya, 'gemuknya, kurus lah badan tu nanti gemuk mudah dapat penyakit'. benda ni macam tak jadi masalah pun bila dengar sebab ye lah macam caring je kan sbb taknak seseorang tu mudah dapat penyakit. tapi hakikatnya orang yang ditegur tu pasti akan terasa sebab kita takpernah tau pun kesukaran seseorang tu untuk kuruskan badan. dia pun taknak pun gemuk tp dah takdir. kita takboleh nak tegur suruh dia kuruskan badan atau apa. selagi dia rasa selesa macam tu, jangan kacau mental dia. nanti sampai tahap tahu lah dia nak kuruskan badan. jangan disebabkan kita tegur macam tu dia boleh down dan sedih dannnn boleh kemurungan hanya sebab mulut kita je. 

ada jugak orang yang suka tegur 'jaga lah muka tu, macam apa dah muka tu jerawat penuh'. weh selagi jerawat dia taklompat ke muka kita tolong jangan sesuka nak tegur mcm tu. kita sruh dia jaga muka sedangkan kat rumah dia tu beratur bermacam jenis pencuci muka la bagai yang dia beli sbb nak jaga muka. lainlah dia jenis mandi seminggu sekali tak pernah cuci muka ke apa. ni dia sentiasa beli produk untuk muka tapi muka dia belum jumpa produk yang sesuai lagi. aku jenis tak kisah sangat pasal seseorang ni, tp bila kawan aku sendiri yang ada jerawat aku akn personally share dgn dia tips atau produk yang org org suggest dan aku sruh dia cuba, bukan sebab aku x suka tgok ke apa tp aku kesian mana mana dia pi org akn tegur jerawat dia dulu compare to benda lain yang dia ada. dia cantik orangnya. dan bila aku rasa bila aku share gitu pun membuatkan dia terasa so aku stop share. tapi aku non stop bgitau dia yang dia cantik, dia lawa dan bila dia tnya jerawat dia makin okay ke tak aku akan cakap makin okay even tak sekalipun. sebab bila cakap makin okay dia akan makin confident dan semangat untuk terus pakai sesuatu produk tu. 

begitu jugak dengan warna kulit. asal hitam je tak lawa. putih je lawa. dulu aku pun ada perasaan mcm ni sampai rasa nak telan klorox bagi putih sbb malu kulit gelap. sampai tahap rasa malu nak bercakap depan org hanya sebab kulit aku hitam. then aku taktau since bila tp aku dh stop cari produk nak putih. aku punya target hanya nak kulit yang sihat saja. org kulit hitam pun lawa. semua orang cantik dengan cara tersendiri. ikut taste masing masing la kan. ada ja org yang gemuk hitam tp sangat cute. tu pandangan masing masing la. cukup lah kita bersyukur dan kita jangan downgrade kan diri hanya sebab kita rasa kita tak cantik. kita cantik. tambah wanita, hiasan dunia kot. takkan tak lawa kalau boleh jadi hiasan ? 

dan body shaming keatas diri sendiri ni pun bahaya jugak. contohnya mcm aku cakap tadi, kita rasa kita tak cantik kita gemuk kita tak menarik. jadinya kita akan beli macam macam ubat untuk kurus untuk putih tanpa fikir side effect sesuatu ubat tu. aku pernah lalui benda ni, aku tau perasaan nak beli mcm mcm ubat tu. dan aku pun pernah ja beli mcm jenis ubat end up tak berkesan pun. aku berhenti beli semua tu sbb aku dah taknak siksa dera diri aku. macam aku ni, benda yang aku selalu cakap kat diri tiap kali aku 'ghairah' nak cantik nak kurus adalah 'kalau tak cantik kenapa aku ada bf'. ya itu cara aku, aku cari satu benda yang boleh buat aku bersyukur dengan apa aku ada. aku pun kadang insecure jugak bila nampak org lawa tp tu normal la perempuan kan. tp jangan la sampai tahap siksa diri hanya untuk nak puaskan hati orang, puaskan pandangan orang terhadap kita. satu ja ingat kita hidup bukan untuk nak puaskan hati sesapa. kita hidup untuk diri kita dan family, jangan buang masa untuk puaskan hati orang lain. cari kejayaan atau harta dunia akhirat  yang boleh buat kita dapat kepuasan diri dan kebahagiaan. Bahagia tu yang penting. kalau kurus putih gebu pun tapi tak bahagia apa guna ? stop compare your life with other, everyone have their own struggling and problem. 

jadi aku harap lepas ni takda dah isu gini, aku rasa kita semua akan bahagia kalau masing masing just life our own life. jangan jadi asbab untuk seseorang itu hilang konfiden diri. okay daaa



Sharing: Mental Illness


Hai.
Sejak kebelakangan ni isu mental illness hangat dibincangkan, walaupun begitu tetap ada sesetengah masyarakat yang masih memandang enteng terhadap isu ini, hal itu tercermin dari banyaknya komen bernada negatif di setiap berita yang berkaitan dengan mental illness. Oleh sebab itu, aku ada beberapa benda untuk dikongsikan.
Apa itu mental illnessmental illness adalah suatu penyakit/gangguan mental yang berpengaruh terhadap mood, cara berpikir ataupun perilaku seorang individu. Jenis dari penyakit ini ada banyak tapi yang paling popular diantaranya depression, bipolar disorder, dementia, schizophrenia dan anxiety disorders. Punca sebenar yang menyumbang kearah mental illness itu sendiri masih belum diketahui tapi merujuk pada kes kes yang terjadi, penyebab utama penyakit ini adalah kombinasi dari faktor genetik, psikologi serta faktor persekitaran.

Mental illness sering dianggap biasa oleh masyarakat kerana majority pesakit akan dilihat normal seperti orang yang sihat sedangkan apabila dia berseorangan, penyakit itu akan menyerang dan ada jugak sesetengah pesakit yang tidak sedar pun yang dia sebenarnya turut menderita ‘mental illness’, Mental illness juga penting seperti physical illness lainnya. Buktinya pengidap mental illness lebih banyak daripada pengidap kanser, diabetes bahkan jantung. Menurut Institute of Mental Health, dalam 1 tahun sekitar 25% penduduk Amerika (umur 18+) dan sekitar 13% (umur 8-15) di diagnose mengidap mental illness. Sementara WHO  menyebut satu dari empat orang di dunia akan mengalami gangguan jiwa di satu titik hidupnya. Yang menyedihkan, hanya 36% sahaja yang mendapat rawatan dengan baik, sementara majority  penderita tidak pernah mendapatkan apa apa rawatan. Oleh sebab itu, pesakit mempunyai tendency untuk menyakiti diri sendiri seperti yang selalu kita dengar dan baca didada akhbar dan dikaca tv.

Mental illness boleh menyerang siapa saja dan bila bila masa bahkan kadang kita tak sedar bahwa apa yang kita rasa itu sebenarnya salah satu penyakit ‘mental illness’. Ditambah lagi dengan stigma masyarakat yang dapat menjadikan keadaan seseorang itu menjadi semakin parah. Dalam laporan bertajuk ‘Understanding The Impact of Stigma on People With Mental Illness’ yang ditulis oleh World Psychiatry Association menegaskan bahawa stigma masyarakat  terhadap pesakit gangguan kesihatan mental harus diperbetulkan. Pesakit gangguan mental selama ini harus lebih kuat untuk melawan penyakit akibat stigma yang ada. Pertama untuk menghadapi penyakitnya sendiri. Dan kedua yang tak kalah berat adalah untuk menghadapi stigma orang-orang di sekitarnya.
Mungkin kerana itulah para pesakit mental illness memilih untuk merahsiakan tentang apa yang mereka rasakan kepada orang terdekat kerana takut akan penilaian orang-orang sekitar terhadap dirinya. Padahal jika tidak dirawat akan menjadikan keadaan lebih parah, dalam beberapa kes seperti depression, seseorang yang sudah tidak tahan dengan rasa sakitnya boleh mencederakan diri malah boleh membunuh diri. Banyak sangat kes yang kita dengar bunuh diri kerana terlalu tertekan dengan hidup. Hal ini sangat menyedihkan bayangkan mereka merasakan sakit bahkan sampai detik terakhir mereka hidup, Ya memang satu benda yang bodoh untuk membunuh diri, berdosa dan tak bau syurga. Tapi kita tidak pernah tau apa yang mereka rasakan sampai mereka memutuskan untuk melakukan hal itu. Terkadang sesuatu yang kita anggap benda biasa menjadi suatu hal yang sangat berat bagi mereka. Yang harus diingat adalah kemampuan seseorang dalam menghadapi suatu masalah tidaklah sama.
Kita jugak tidak boleh mengaitkan isu ini dengan iman seseorang. Ya memang dulu aku pun berpendapat bahawa kualiti iman seseorang itu ada kaitan dengan masalah kemurungan, dan hubungan seseorang dengan Allah SWT sepatutnya boleh mengatasi masalah kemurungan ini. Tapi tu dulu, lepas aku baca banyak orang yang memberikan hujah hujah yang bagi aku cukup kukuh untuk aku luaskan pemikiran aku yang sempit tu, aku dah buka sikit minda aku bahawa mental illness tak sepenuhnya berpunca dari tak kuatnya iman seseorang.

Jadi aku share satu thread dari twitter yang aku ambil untuk kongsikan dengan korang. Mungkin ada yang dah baca pun thread ni tapi aku masukkan dalam perkongsian aku harini.


1. "Anda berada dalam kemurungan kerana anda kurang iman/jauh dari Allah dan sebagainya."
Menggunakan logik yang sama dan menyatakan perkara itu kepada seseorang yang mempunyai masalah kemurungan seolah-olah kita mengatakan bahawa iman kita lebih kuat dan kita lebih soleh dan solehah berbanding dengan mereka, itulah sebabnya mengapa kita tidak mengalami masalah tekanan perasaan. 

Menurut beliau, kenyataan itu tidak membantu akan tetapi hanya menunjukkan sifat takbur seseorang.


2. Beliau secara peribadi mengenali seseorang yang tertekan kerana telah dirogol oleh guru sekolahnya yang merupakan seorang ustaz
Beliau berkata sehingga hari ini, tiada siapa yang mempercayai kenalannya itu kerana orang yang memperkosa itu merupakan seorang ustaz,

Perkara ini telah menyebabkan gadis itu mengalami trauma yang kemudian membawanya ke kemurungan. 
Oleh itu, salah untuk kita merasakan masalah tekanan perasaan berlaku kerana kurang keimanan dalam diri seseorang.


3. Beliau pernah bertemu dengan pesakit Kemurungan Tahap Pertama (Major Depressive Disorder) yang merupakan seorang ustazah
Bukan itu sahaja, ustazah itu juga merupakan seorang hafizah yang menghafal 30 juzuk Al-Quran dan sangat aktif dalam berdakwah dan lain-lain. 

"Oleh yang demikian, bagaimana kita boleh mengatakan ustazah itu sedang dalam kemurungan kerana masalah kurang iman?"


4. Orang akan tetap dan terus menilai tahap iman seseorang
Seseorang yang sudah cukup solat wajib, dia dikatakan tertekan sebab tidak pergi masjid. 

Apabila sudah penuh solat di masjid, dia dikatakan tidak melakukan solat sunat. 
Apabila sudah banyak solat sunat, dia dikatakan tidak membaca Al-Quran, dan seterusnya. 


5. Faktor agama itu penting sebagai penguat, motivasi dan lain-lain namun bukan penyembuh semata-mata
Konsep ini boleh disamakan dengan seorang pesakit kanser yang diingatkan untuk sentiasa mengingati Tuhan, memperbanyakkan selawat dan lain-lain.

Namun begitu, pesakit kanser itu tetap perlu menjalani rawatan kemoterapi, radioterapi dan lain-lain sebagai proses penyembuhan sepenuhnya.


6. Konsep Syariatullah dan Sunnatullah, dua-dua perlu dipenuhi dan berjalan seiring
Syariatullah adalah perkara berkaitan hukum iaitu; wajib, sunat, harus, makruh, haram yang telah Allah tetapkan dan syariatkan kepada hamba-hambaNYA. 

Sunnatullah adalah hukum sebab dan akibat yang telah Allah ciptakan untuk memastikan dunia ini stabil dan dalam keadaan baik. Sebagai contoh; api itu panas, ais itu sejuk, usaha akan menghasilkan kejayaan. 
Tawakal akan datang bersama usaha. Kita perlu mengingati Tuhan ketika mendapat rawatan Psikiatris & Psikologis. 


7. Kekuatan beragama itu menghalang seseorang bertindak daripada cubaan bunuh diri, tetapi tidak menghalang niat itu untuk muncul dalam kepala
"Bukan nak halalkan tindakan yang haram, tapi nak fahami," 
"Bila kita cuba fahami (dan bukan judge), dapat menghalang kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan."


8. Kes depresi ni banyak berlaku tidak mengira agama dan bangsa tetapi keadaan mental seseorang
Jika menggunakan logik masalah kemurungan atau depresi berlaku kerana jauh "dengan Tuhan", semestinya semua pesakitnya ialah mereka yang bukan beragama Islam.

Namun begitu, masih ramai pesakit ini beragama Islam.
"Tak perlu kita nak judge atau ukur iman seseorang”


9. Surah Taha ayat 124 selalu disalah tafsir sebagai clinical depression, lalu jadi hujah golongan “agamawan” untuk kata, pesakit depresi jauh daripada Tuhan. Ayat ini merujuk kepada depresi tekanan, bukan kemurungan klinikal.
Dalam ayat itu menggunakan istilah ضَنكًا

Istilah tersebut merujuk kepada kesempitan pada perasaan, tekanan pada rasa di hati dan bukan berkaitan dengan penyakit mental seperti yang digambarkan dunia sekarang. 
Kemurungan klinikal ialah tekanan yang tahap kronik bukan lagi sekadar 'perasaan'


10. Penyakit mental ketika zaman Rasulullah SAW
Dalam thread tersebut, beliau menceritakan bahawa dalam satu hadis sahih, ada seorang wanita tua yang mempunyai penyakit mental, berjumpa dengan Rasulullah untuk minta didoakan supaya sembuh. 

Rasulullah SAW memberi dua pilihan sebelum doakan untuk perempuan tua itu iaitu; pertama, doa kepada Allah untuk sembuhkan perempuan itu, dan Allah akan makbulkan, atau kedua, dia bersabar dengan penyakit itu, dan akan diberi syurga pada akhirat nanti. 
Perempuan tua itu memilih pilihan yang kedua, dan meminta doa supaya Allah pelihara aurat dia waktu terkena episod penyakit tu. 
Penyakit mental perempuan tua itu ialah epilepsi, iaitu sawan.
Sawan juga merupakan sejenis penyakit mental, dan boleh boleh klasifikasikan situasi ini merujuk kepada kecelaruan mental yang ada di dunia sekarang. 


Okay itu sahaja yang aku nak kongsi untuk harini. Harap bermanfaat, daa. 
Ni aku selitkan antara organisasi yang boleh dihubungi sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali yang sedang mengalami kemurungan dan mempunyai kecendurungan membunuh diri:


Befrienders Kuala Lumpur - 03-7956 8144

Befrienders Penang - 04-281 5161

Befrienders Melaka - 06-284 2500

Befrienders Ipoh - 05-547 7933

Befrienders Seremban - 06-765 3588

Persatuan Lifeline Malaysia - 03 -9285 0039, 03-9285 0279, 03-9285 0049

Persatuan Kesihatan Mental Malaysia - 03-7782 5499


Opinion: LGBT tuntut hak ?

Hai.
Baru baru ni viral kes ada golongan LGBT yang turut hadir di perarakan Hari Wanita Antarabangsa. Okay ja diorang nak join perarakan tu, yang tak okay nya mereka turut sama melaungkan slogan mereka dan membawa sepanduk dan turut mengibarkan bendera 'pelangi'.

Yang aku takboleh nak brain, bersungguh sangat mereka menuntut hak LGBT kononnya dan beria betul buat perkara yang jelas Allah laknat. Aku rasa hak yang mereka maksudkan maybe untuk berkahwin sesama jenis kot or maybe untuk bebas melakukan apa sahaja tanpa ada yang melarang ? em dah cukup bebas aku rasa mereka ni. kebebasan macam mana lagi yang mereka inginkan. kalau dah rasa nak sangat sangat kahwin sesama jenis, keluar je lah dari Malaysia, pegi je lah negara yang halalkan perkahwinan sama jenis. aku tak benci pun golongan ni actually sebab aku tau one day kalau mereka berubah, mereka lagi baik dari aku. tapi aku cuma takboleh nak terima kenyataan apabila mereka sampai level dah berani nak tuntut hak yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Masyarakat semua mula tunjukkan rasa amarah tentang isu ini, bukan orang Islam sahaja yang rasa tercabar dengan mereka. Aku rasa banyak ja usaha yang telah dilakukan oleh pendakwah pendakwah dan kerajaan dalam memastikan mereka berubah. dan ramai jugak yang berubah, yang takberubah lagi ramai ehe. dan yang berubah pastu berubah balik pun ado. iman turun naik katanya. tapi mereka tetap rasa macam golongan mereka ditindas.

Kerajaan pun dah tegaskan yang takkan ada sebarang usaha untuk mengiktirafkan golongan LGBT ni. Malaysia memang takkan menerima sistem perkahwinan sejenis ni. Memang lah Malaysia ni negara demokrasi  tapi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia.

sebelum aku titikkan pendapat aku ni, aku selitkan satu potong hadis untuk kita semua. okay daa

“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” al-Zumar 39 : 53