menu bar

Part 2- Missing

Eh hai
harini nak menulis dengan penuh perasaan rindu yang sarat so penulisan harini akan berkemungkinan agak loya ehe.
aku sendiri takpasti kenapa 2-3 menjak ni aku punya perasaan rindu sangat berat. maybe salah satu faktor, aku sunyi kat sini. takda kawan langsung. aku rindu dengan kawan kawan. semua orang yang pernah ada dalam hidup aku dan ya sampai sekang mereka semua ada tempat dihati aku. kawan sekolah rendah yang of coz aku dh x contact dan kalau ada pun sangatlah sikit sekadar reply story itu je. itu pun tak semua kawan kawan aku dapat jejak kat socmed ni. ada yang aku search but not found. kawan sekolah menengah pun aku teringat. kalau kwn skolah menengah ni majoriti aku dpt jejak la sbb tak lama pun tinggal smk. tp still beb we cant talk and laugh like we use to do before. kira ada awkward moment bila nak sembang. but srsly aku rindu sngt sngt korang weh. ada ja aku upload gambar bnyak bnyak to show that im missing them. i really wish that i can turn back time and i will appreciate u all and show how much i love you all.

dan tau apa yang aku rasa bila aku post gambar gambar zaman sekolah tu ? sedih weh. yes sebab rindu. tapi lebih kepada sedih sebab umur aku makin meningkat dan ya kematian tengah menunggu aku. takut nya aku tak bersedia lagi. tapi aku sedig bila tengok gambar, tak semua yang dalam gambar tu masih ada lagi sekarang. lebih kurang 3 orang macam tu kawan sekelas aku yang dah dijemput Allah. yang sakit kanser, yang accident dan yang meninggal dalam tidur. dan aku ? mcm mna pulak pengakhiran aku ? moga baik baik saja. 

aku rasa tak terlambat untuk aku mohon maaf kat semua orang yang mengenali aku. segala salah silap aku yang menggunung. segala kekasaran bahasa aku yang aku yakin ramai tersinggung. maafkan semua tu. dan kalau lah kan aku ada terhutang duit atau apa sahaja, boleh la tekan mana mana socmed aku yang dalam blog ni untuk tuntut balik. aku dah terlupa pada siapa aku hutang. entah ada entah tiada. kalau ada mohon cari aku sebab sungguh aku dah lupa. kalau ada terhutang budi, maaf aku takmampu bayar. hanya Allah yang akan membalas segala budi baik yang pernah aku terima.

haha sound cliche but sokay aku nak jugak tulis benda ni agar tak ralat apa apa nanti.